CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 12, 2009

MENENTUKAN HALA TUJU SELEPAS ALAM PERSEKOLAHAN


Sudahkah anda semua menetapkan masa depan anda? Kalau belum, mulakan daripada sekarang. Masa depan anda sedikit sebanyak ditentukan oleh kebijaksanaan anda mengatur arah dalam kehidupan seharian.
Selepas sekolah - atau secara yang lebih tepat lagi, selepas peperiksaan nanti - apakah perancangan anda? hendak ke mana anda akan menentukan haluan hidup anda? Masa untuk bergantung hidup kepada ibu atau bapa sudah hampir sempai ke penghujung. Kini, masa depan anda berada di dalam genggaman anda sendiri.

Memilih kerjaya bukan mudah. Anda memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia, maka apakah kertas yang akan anda duduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti mana anda akan berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.

Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana anda harus berada.Ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah anda memilih universiti mana yang terbaik.Sebelum itu, sudah tentulah anda akan perlu perlu melihat sejauh mana kemampuan akademik anda.Ada kursus di universiti yang memerlukan syarat akademik yang ketat. Ada yang lebih kurang sahaja. Untuk melihat lebih lanjut syarat-syarat serta kursus-kursus yang ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, anda boleh berjunjung ke laman web ini: http://www2.moe.gov.my/~jpt/ipta.htm

Adalah sangat perlu kepada para pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti kelak, selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.

Pengertian Kaunseling

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “counselling” yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

•Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.

•Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.



Friday, March 6, 2009

NuR KaSiH-Bercerita tentang teman


CINTAKU PADAMU TEMAN



Sebahagian orang merasa hidup ini tidak akan pernah mencapai maknanya tanpa kehadiran seorang teman.
Teman adalah orang-orang yang dicintainya dan yang mencintainya.
Orang yang dengan keluasan hati menerima dirinya apa adanya, tanpa cemburu dan banyak cela.
Menyayangi teman, sama sekali bukan bererti menafikan kecintaan kepada yang lain.

Kecintaan kepada keluarga, kepada diri sendiri, sebab tiap-tiap jendela cinta memiliki ruangan tersendiri di hati yang tidak akan mampu disamakan dengan cinta-cinta lain yang kesemuanya tidak saling berhimpit tidak pula bersinggungan.
Namun tiap-tiap kecintaan mengisi bilik-bilik hati yang berbeza-beza.
Kesemua cinta hendaknya merupakan suaturefleksi cinta kepada Allah SWT.
Suatu perbendaharaan keemasan dari keimanan, desiran sejuk angin kerinduan, dan deburan tegar ombak keistiqamahan.


Teman, bagiku kata itu adalah ungkapan kerinduan dan sejuta harapan.
Harapan untuk dapat saling menegur dan meneguhkan.
Membuang jauh-jauh kata perbezaan dan cuba untuk mendahului segalanya dari kesamaan. Pada kata itu kutemukan hakikat hidup dan kehidupan, kerana bersamanya aku menahan derita dan sengsara, gundah dan gulana, namun begitu manis terasa segala kerutan layar perjuangan kerana Allah lah yang telah membuatnya.


Teman, bertemankan jiwa-jiwa yang ber-izzah mulia dan ghairah menggelora, dengan segudang idea dan idealisme yang Rabbani.
Meniti jembatan yang sama, dengan tekad yang serupa dan seragam kebesaran jiwa.
Bukan untuk sekadar menghabiskan sisa minuman kehidupan dunia, tetapi hidup untuk sebuah cita yang takkan pernah kandas sia-sia.
Sewajarnya jika Rasulullah mewasiatkan agar kita menjadikan mereka yang soleh sebagai teman kepercayaan.


Ah teman, harus kita terima bahawa berteman bukan bererti untuk selalu bersama secara harfiah.
Suatu saat pasti kita akan terpisah pula.
Menempati liku-liku berbeza di setiap sudut kehidupan, agar setiap insan dapat tersentuh cahayaNya.


Teringat serangkaian syair milik Munsyid Saujana ini ku kutipkan untukmu :

Sedingin embunan dedaun kehijauan, sesegar ingatan kenangan kisah silam
Kita seiring bersatu dan berjuang, meniti titian persahabatan
Kau hadir bawa cahaya, terangi hatiku teman
Saling memerlukan dan mengharapkan
Tangis gembira saat bahagia, moga kan kekal menuju Syurga
Kerana Tuhan kita ditemukan, andai terpisah, itu ketentuan
Sengketa dan kesilapan itulah fitrahnya insan
Kata dan teguran itulah pedoman

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.