CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 6, 2009

NuR KaSiH-Bercerita tentang teman


CINTAKU PADAMU TEMAN



Sebahagian orang merasa hidup ini tidak akan pernah mencapai maknanya tanpa kehadiran seorang teman.
Teman adalah orang-orang yang dicintainya dan yang mencintainya.
Orang yang dengan keluasan hati menerima dirinya apa adanya, tanpa cemburu dan banyak cela.
Menyayangi teman, sama sekali bukan bererti menafikan kecintaan kepada yang lain.

Kecintaan kepada keluarga, kepada diri sendiri, sebab tiap-tiap jendela cinta memiliki ruangan tersendiri di hati yang tidak akan mampu disamakan dengan cinta-cinta lain yang kesemuanya tidak saling berhimpit tidak pula bersinggungan.
Namun tiap-tiap kecintaan mengisi bilik-bilik hati yang berbeza-beza.
Kesemua cinta hendaknya merupakan suaturefleksi cinta kepada Allah SWT.
Suatu perbendaharaan keemasan dari keimanan, desiran sejuk angin kerinduan, dan deburan tegar ombak keistiqamahan.


Teman, bagiku kata itu adalah ungkapan kerinduan dan sejuta harapan.
Harapan untuk dapat saling menegur dan meneguhkan.
Membuang jauh-jauh kata perbezaan dan cuba untuk mendahului segalanya dari kesamaan. Pada kata itu kutemukan hakikat hidup dan kehidupan, kerana bersamanya aku menahan derita dan sengsara, gundah dan gulana, namun begitu manis terasa segala kerutan layar perjuangan kerana Allah lah yang telah membuatnya.


Teman, bertemankan jiwa-jiwa yang ber-izzah mulia dan ghairah menggelora, dengan segudang idea dan idealisme yang Rabbani.
Meniti jembatan yang sama, dengan tekad yang serupa dan seragam kebesaran jiwa.
Bukan untuk sekadar menghabiskan sisa minuman kehidupan dunia, tetapi hidup untuk sebuah cita yang takkan pernah kandas sia-sia.
Sewajarnya jika Rasulullah mewasiatkan agar kita menjadikan mereka yang soleh sebagai teman kepercayaan.


Ah teman, harus kita terima bahawa berteman bukan bererti untuk selalu bersama secara harfiah.
Suatu saat pasti kita akan terpisah pula.
Menempati liku-liku berbeza di setiap sudut kehidupan, agar setiap insan dapat tersentuh cahayaNya.


Teringat serangkaian syair milik Munsyid Saujana ini ku kutipkan untukmu :

Sedingin embunan dedaun kehijauan, sesegar ingatan kenangan kisah silam
Kita seiring bersatu dan berjuang, meniti titian persahabatan
Kau hadir bawa cahaya, terangi hatiku teman
Saling memerlukan dan mengharapkan
Tangis gembira saat bahagia, moga kan kekal menuju Syurga
Kerana Tuhan kita ditemukan, andai terpisah, itu ketentuan
Sengketa dan kesilapan itulah fitrahnya insan
Kata dan teguran itulah pedoman

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

0 comments: