Hati budimu menenangkan jiwaku yang sentiasa mencari ketenangan seorang pejuang di bumi asing. Aku bagai kelawar yang berjaga malam hanya disebabkan perbezaan waktu yang kita lalui. Ku gagahi diriku ini untuk menunggumu bagai pungguk rindukan bulan. Bukan kerana apa…aku mengagumimu kerana wawasan dan pengetahuan luas dirimu yang sering melagkaui pengetahuanku sendiri mengenai Islam. Ku mengagumimu kerana kau sering mengujiku untuk ku mencari jawapan disebalik persoalan mengenai tafsiran ayat dari surah-surah tertentu. Aku belajar untuk memahami dan mencari jawapan yang bagiku umpama ilmu yang bernilai harganya.
Kepadamu kukirimkan salam terindah,
Salam sejahtera para penghuni syurga,
Salam yang harumnya melebihi kasturi,
Sejuknya melebihi embun pagi,
Salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
Salam suci sesuci air telaga Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
Salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa untuk dirimu dari insan bergelar bidadari.
Khas buatmu H daripada Bidadari Nur Kasih
Tika hilang segala yang nyala,
Kau hadir dengan pelita hati,
Sungguhku melangkah kesopanan,
Tiada bicara dapat dilafazkan,
Pulangkau ku sambut dengan senyuman,
Pemergianmu ku doakan kemuliaan,
Ku sulam kasih sayang ini dengan penuh kemesraan,
Walau kesederhanaan yang mampu ku hulurkan,
Kau tadah penuh keredhaan,
Limpah syukurmu ku susun rapi,
Sungguh diriku dapat kau hargai sebagai bidadari,
Aku permaisuri hati,
Aku permata suci,
Akan ku tatahkan hatimu dengan sinar iman,
Akan ku hiasi jiwamu dengan kewajipan,
Tanda mensyukuri anugerah Tuhan,
Serta anak yang menjadi penawar..
Diriku anugerah Tuhan,
Amanah buat insan beriman,
Rusuk kirimu dicantumkan agar dapat kita bergandingan,
Untuk membina sinar kebahagiaan di dunia dan akhirat...
0 comments:
Post a Comment