Kini aku sedar, keyakinan yang aku peroleh sekarang demi mencapai sebuah kejayaan yang paling bermakna dalam hidup adalah dengan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk membentuk ’self-esteem’ tinggi yang boleh dibangunkan dengan utuh sekiranya aku menerima diriku seadanya yang dihadirkan ke muka bumi ini dengan mempunyai visi dan misi yang perlu ditelusuri dan dikerjakan sehingga mencapai matlamat. Oleh itu, segala masalah yang merentangi proses aku untuk mencapai kejayaan merupakan ujian yang perlu diharungi dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Demi untuk berjaya dalam hidup, ilmu dan pengalaman menjadi senjata yang dapat mengawal kekuatan diri dan menghindarkan segala kelemahan. Tambahan lagi, kegiatan hidup seharianku yang begitu padat dengan pengisian kerjaya, akan menjadi lebih bahagia jika apa sahaja tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku atau yang menjadi ’mission hidupku’, harus aku lunaskan dengan penuh sifat amanah, keceriaan dan kegembiraan. Situasi sebegini akan membawa keseronokan dalam bekerja dan sekaligus untuk beramal. Walau bagaimanapun, bukanlah keseronokan yang ku cari dalam hidup, sebaliknya kepuasan dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan kepadaku sebagai insan yang berkerjaya. Oleh itu, aku sedar bahawa jika kita bekerja kerana kejarkan pangkat dan kedudukan, ia memang meletihkan. Tetapi, jika kita menganggap kerja yang dilakukan itu sebagai ibadah, insya-Allah kita akan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Melayang fikiranku, jauh berkelana lalu hinggap pada masa-masa lalu yang penuh bahagia. Leka aku berjalan-jalan dalam memori hinggalah bunyi deringan telefon bimbit mengembalikan aku ke alam realiti. Angin bayu yang menghembus lembut seperti sedang memanggil-manggil namaku... terasa dingin apabila terkena hembusan angin bayu di waktu senja yang begitu mengasyikkan. Aku bermonolong dalam diri...Hidupku kini kurasakan lengkap dengan apa yang aku idamkan telah berada dalam dakapanku. Sesungguhnya...kebahagiaan adalah rahsia di sebalik kerelaan, ketenangan dan rasa aman serta ceria. Bagiku untuk terus berasa tenang dan bahagia tentulah ada caranya, bukan mudah untuk memiliki apa yang aku telah miliki....tetapi sebaliknya apa yang aku lakukan adalah terima seadanya apa yang telah terhidang di depan mata, redha dengan apa yang telah berlaku dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membina empayar kejayaan daripada menguasai empayar kegagalan dan kekecewaan yang dilalui. Kini ku pasti...sesungguhnya matlamat akhir kisah perjuangan hidupku dalam menuju kejayaan bukan sekadar untuk meraikan kejayaan peribadi malah, jalan menuju puncak kejayaan sebenar terletak kepada kejayaan yang dapat dikecap kemanisannya oleh insan lain sebagai buah tangan dariku dalam.....perjalanan menuju ke puncak kejayaan.
PENGHARGAAN
Teristimewa buat arwah ayahdaku tercinta Ridzuan bin Abd Rahman
Pemergianmu ke pangkuan Ilahi ku redhakan dengan hati yang terbuka
Sayu hatiku membesar bersama kenanganmu selama 14 tahun...
Terima kasih ayahdaku tercinta kerana meninggalkan memori indah kita bersama
Sebagai azimat untuk aku gunakan tika aku berada di dalam kebuntuan..
Teristimewa buat bondaku yang tercinta Salauyah bt Husain
Ke mana aku berpaling, bayangan wajahmu dan doamu sentiasa mengiringiku
Terima kasih bonda atas pengorbanan dan kasih sayangmu kepadaku...
Buat kekanda-kekandaku tercinta, Malik , Rizal serta Yusniza..
Doa restu, tunjuk ajar, nasihat dan kasih sayang kalian..
Sentiasa mekar menemaniku di dalam perjalanan menuju puncak kejayaan
Sahabat-sahabatku...benarlah kata pujangga; sahabat..
Bagaikan air yang mengalir di sungai yang tenang...boleh memadamkan api dalam hati..
Syukur sungguh di hati ini..dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya...tika diri dalam kealpaan..
0 comments:
Post a Comment