CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 31, 2009

NuR KaSiH Kehilangan Insan Tersayang

Walau bagaimanapun, dalam usahaku untuk gigih mencapai kejayaan dan cita-citaku…tiba-tiba bahtera kebahagiaan dan kegembiraan yang aku kecapi selama 14 tahun tiba-tiba tenggelam kerana karam diragut oleh Maha Pencipta yang berkuasa ke atas setiap hamba-Nya apabila insan yang aku sayangi pergi meninggalkan aku bukan untuk seketika tetapi pergi untuk selama-lamanya menyahut panggilan Ilahi akibat kemalangan jalan raya.. Kehilangan seorang insan yang amat bermakna dalam hidupku yang ku panggil ayah setiap hari sejak lahir telah merentap semangat juangku dalam pelajaran… Tanggal 1 Ogos 2000, pukul 5 petang ayahku terlibat dalam satu kemalangan di kampung. Jika diimbas saat-saat sebelum ayahku dijemput Malaikat Maut amat memeritkan. Ayahku cedera teruk akibat kemalangan tersebut, putus ibu jari tangan, patah kaki, dan banyak lagi sehingga doktor mengatakan kepadaku ayah tiada peluang untuk hidup lama. betapa luluh hatiku ini tatkala mendengar raungan ayah yang menahan kesakitan di wad kecemasan. Pada waktu itu hanya aku dan emak sahaja yang berada di hospital. Abang-abang dan kakak masih jauh di perantauan belum tiba kerana jarak perjalanan yang jauh. Hanya aku...hanya aku dan emak yang menanti dengan penuh hiba dan sayu beserta linangan air mata melihat dan mendengar raungan ayah yang begitu sakit. Hati isteri mana yang tidak hiba melihat suami tercinta yang tidak berdaya meraung kesakitan.. Hati anak mana yang tertahan melihat ayah tersayang yang bertarung dengan kesakitan dan hampir menyahut panggilan Ilahi. Aku hanya menunggu dan terus menunggu sehinggalah detik pukul 7 malam aku terpaksa redha dengan penuh kesabaran dengan penuh linangan air mata...insan yang aku kagumi kerana ketabahannya kerana kasih sayangnya pada anak-anak, kerana sayang dan cintanya pada emak ayahku pergi menyahut panggilan Ilahi bukan untuk seketika tetapi untuk selamanya. Aku dapat lihat betapa cekalnya hati seorang isteri tatkala suami tercinta hampir dijemput pencipta, emak dengan penuh sabar dan redha menahan sebak dengan sentiasa mengucapkan Lailahaillalah ke telingan ayahku. ayahku pergi menemui pencipta dengan iringan kalimat yang mulia. Walaupun begitu, aku masih lagi dapat berfikir secara rasional kerana aku tahu Allah swt menjadikan musibah yang aku alami ini sebagai ujian ke atas hamba-Nya yang terpilih. Ketika itu aku teringat firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar” (Suran al-Baqarah ayat 155). Oleh itu aku sentiasa bersabar menempuh dugaan ini. Aku tahu ujian yang Allah berikan kepada makhluk ciptaan-Nya dalam pelbagai bentuk, seperti bencan alam, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Dan pada waktu ini aku telah diuji dengan ujian kematian orang yang aku paling sayangi dalam menghabiskan sisa-sisa hidupku.. Aku tahu ujian itu adalah untuk membuktikan siapakah orang yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah yang esa dalam apa juga keadaan yang ditempuhi.. Aku bersyukur kerana aku masih mempunyai insan-insan lain yang aku sayangi iaitu ibu, abang dan kakakku yang banyak memberi semangat untuk aku terus maju ke depan dah redha dengan ketentuan Ilahi serta qadha’ dan qhadar-Nya. Aku tidak keseorang dalam menempuh hari-hari yang mendatang tanpa seorang insan yang aku panggil ayah. Aku masih mempunyai permata hatiku iaitu emak yang kelak akan memegang dua peranan iaitu sebagai emak dan ayah dalam hari-hari yang bakal kami lalui bersama selepas pemergian ayah.

Aku teringat sepotong ayat suci Al-Quran yang berbunyi..’La Tahzan, Inna Allaha ma’anan’..yang bermaksud ”Janganlah kamu bersedih, Allah bersama kita”.. Dengan kata lain, Allah melarang kita bersedih dan murung walaupun kita kehilangan insan yang paling kita sayangi di dunia ini. Oleh itu, aku perlu kuatkan semangat untuk meneruskan hari-hari yang mendatang dengan hati yang tabah. Seperti kata Sejarawan Islam, Al-Mutanabbi...”Orang yang berakal akan menderita dalam kenikmatan kerana akalnya, sedangkan orang yang bodoh akan bahagia dalam kesusahannya”. Betapa besar peranan akal dalam menstabilkan emosi manusia dan untuk diseimbangkan dengan hati (qalb).

0 comments: