CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 20, 2009

Perjalanan dalam mencari sinar

Aku dibesarkan sebagai anak bongsu dalam keluarga yang bahagia, lengkap dengan limpahan kasih sayang dan perhatian yang diberikan insan-insan tercinta dalam hidupku. ’Ditatang bagai minyak yang penuh’ seperti seorang puteri, aku tidak meminta kasih sayang itu ditukar ganti dengan wang ringgit. Bagiku kasih sayang ahli keluarga adalah ubat yang mujarab ketika diri dalam kebuntuan. Walau bagaimanapun, kegembiraan dan kebahagian yang dikecapai bersama insan tercinta yang ku panggil ayah telah diragut oleh Yang Maha Pencipta.. aku pasrah. Kenangan bersama ayah selama 14 tahun membuatkan diriku kini lebih bersemangat dalam menempuh hari-hari yang mendatang, mencapai cita-cita dan impian, sehinggalah berjaya mempunyai kerjaya yang mantap dalam perjalanan menuju puncak...

Que Sera, Sera. Whatever will be...will be.. The future’s not ours to see. Que Sera, Sera.. What will be..will be

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT penguasa sekalian alam, selawat & salam ke atas junjungan besar dan mulia Rasulullah SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam yang kini meneruskan perjuangan baginda yang suci. Aku amat bersyukur ke hadrat-Nya kerana ketika aku mencoretkan nukilan kisah hidupku ini aku telah berjaya mencapai cita-cita dan impian yang aku idamkan. Hayatilah kisah perjalanan hidupku ini. Nama aku NOR FAI’ZAH BT RIDZUAN….Aku begitu bangga dan tidak malu menggunakan namaku ini yang bermaksud ‘cahaya kejayaan’. Apa yang menghairankan aku adalah apabila ada segelintir manusia yang begitu malu untuk menggunakan nama yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka. Nama yang sudah indah maksudnya itu telah ditukar supaya lebih glamour dan moden sehinggakan lari daripada maksud asalnya. Bagiku, apalah yang ada di sebalik nama yang diubah itu jika empunya diri tidak sehebat mana. Bukan tujuanku menulis blog ini untuk membanggakan diriku sendiri…Tetapi telah terbukti ataupun ‘terang lagi bersuluh’ aku memang diciptakan untuk menjadi diriku sendiri tanpa berselindung di sebalik bayang-bayang orang lain. Kisah hidupku di dalam blog ini memang menarik, mencabar dan indah untuk aku kongsikan buat tatapan, dan dorongan kalian sebagai motivasi diri yang berguna kepada generasi pewaris anak-anak bangsaku. Ikutilah kisah diriku di dalam blog ‘perjalanan menuju puncak kejayaan’.

0 comments: